Thursday, September 30, 2010

DEMAM PEPERIKSAAN SUDAH MULA TERASA...

Masa itu emas, masa tidak dapat di ulang semula, cepatnya masa berlalu….aahhh…berbagai keluhan telah mula didengari dan biasa didengari....TAK CUKUP MASA NAK STUDY LA...BANYAK NAK KENA STUDY LA...DAH STUDY TAPI TAK BOLEH INGAT LA... . Sebenarnya masa inilah masa terbaik untuk mengulangkaji..kerana beberapa faktor:

1.Tekanan – murid telah merasa tekanan untuk menghadapi peperiksaan…tekanan atau stress amat penting mendorong kita lebih aktif belajar dan berbincang. Tekanan yang membuatkan kita cepat memahami dan cepat bertindak. Tekanan akan menyingkirkan rasa malas dan mengantuk….

2.Peperiksaan percubaan telah selesai…murid telah mengenalpasti kelemahan diri..topik mana belum betul-betul mahir, topik mana dah ok, soalan jenis mana yang masih kurang mahir dalam teknik menjawab..konsep mana yang masih keliru..analisa kendiri atau muhasabah diri penting ketika ini untuk menampal kekosongan di mana ada..

3. Semua topik dan sukatan telah selesai diajar oleh guru…bila soalan merentas topik, murid dapat menghubungkait dengan mudah.

4. Guru juga telah bersedia berjumpa semua murid yang memerlukan pertolongan samaada secara kumpulan atau persaorangan..


Berdasarkan ini..pada muallimah..this is the best time of the year, sebab masa ni paling mudah menerangkan konsep kepada pelajar kerana tumpuan mereka 100%.

Jika memerlukan bantuan mh. mana-mana konsep yang tak faham... (oops Bio & Sains aje la...jgn tanya pasal STAM..he..he..) sila hubungi mh. disini atau email mh di : wazah15@yahoo.com.my , mh.bersedia membantu.

selamat belajar kepada semua pelajar Sek Men Al Hidayah, Ipoh, 
khususnya kelas 5 Mumtaz , 5 Yakin Dan 6 Adzkia (STAM)! Tak lupa juga kelas
STAM SARJANA (anakanda dan teman2nya)

SELAMAT BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.

No comments:

Post a Comment