Monday, December 26, 2011

SANTA KLAUS MELAYU ISLAM..

KELMARIN SELEPAS MENGHADIRI WALIMATUL URUS SAHABAT SUAMI DI P. PINANG, KAMI SEKELUARGA SINGGAH KE MAIDIN P. PINANG.
SAYA DAN ANAK PEREMPUAN, TQAH SHJ YG TURUN MEMANDANGKAN PAYAH ANAK KECIL NAK TIDUR & PAMPERSNYA PULA 'BERISI'..

SEDANG MENCARI BARANG ,TERSEDAR SUASANA KECOH..RUPA2NYA ADA SI KONON SANTA KLAUS DLM MAIDIN...SAYAPUN BERTANYA PADA JURUJUAL WANITA YG SEDANG MELAYAN KAMI :"SIAPA YG PAKAI SANTA KLAUS TU? ISLAM KE?"
TERKEJUT DGN JAWAPANNYA : IYA, SIAP BAGI NAMA STAF TU LAGI NAMA MELAYU YG CUKUP SEDAP..."

KEMUDIANNYA SI SANTA KLAUS TU BOLEH DATANG PADA KAMI DAN 'WISH' MERRY CHRISTMAS" PADA KAMI....APA LAGI BENGANGLAH SAYA!!!

TERUS SAYA CAKAP PADANYA: "TAK DA...3X, TAK ADA KRISMAS...SAYA ORANG ISLAM...2X. INI BUKAN BENDA KECIK, INI BENDA BESAR..SAYA ORANG ISLAM."

BEGITULAH JAHILNYA ORANG MELAYU...TAK TAHU YANG MANA BOLEH BERTOLERANSI YANG MANA MESTI TEGAS..BAGI ENGKAU AGAMA ENGKAU, BAGI AKU AGAMA AKU...
 SELEPAS ITU TERUS MENGHUBUNGI PENTADBIRAN MAIDIN PULAU PINANG DAN MENYATAKAN KEKESALAN APA YANG BERLAKU KPD NYA...MENGAPA STAF ISLAM BERPAKAIAN SANTA KLAUS DAN KENAPA 'WISH' "MERRY CHRISTMAS" PADA CUSTOMERS ISLAM???

SEMOGA MAIDIN AKAN MENGINSAFI DAN BERTAUBAT SUPAYA TIDAK BERHADAPAN DENGAN 'BOIKOT' ORANG ISLAM YANG BUKAN SEKADAR MELAYU.

"SESUNGGUHNYA DEEN (AGAMA) YANG BENAR DI SISI ALLAH HANYALAH ISLAM"

Tuesday, September 27, 2011

MASA. MENINGGALKAN KITA.....JIHAD TETAP HIDUP DI BUMI ALLAH...

                                                   Di makam as Syahid Jaafar attoyar.





Sedar tak sedar sudah 3 minggu anakanda teman Ali Saifuddin berangkat ke Jordan..sudah banyak pengalaman yg beliau telah tempuhi di bumi yang menyaksikan syahidnya para syuhada' ; Yarmuk menyaksikan gugurnya sahabat, Ikrimah b Abu Jahal semasa pembukaan kota Konstantinopel.

 Peperangan Mu'tah berlaku di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. 

Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan. 

Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja’afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja’afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin.

Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya meminta agar pembunuh utusan dakwah itu ditangkap dan di bawa ke Madinah disamping menyeru kepada penduduk Mu’tah agar beriman terlebih dahulu. Jika seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. 

Baginda turut berpesan agar tidak membunuh kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, tidak mengerat pohon kurma dan pokok serta tidak memusnahkan kediaman mereka.Inilah ia keadilan Islam di mana tidak ada erti balas dendam sebaliknya walau pun telah jelas berlakunya kezaliman terhadap utusan dakwah yang dihantar namun usaha untuk menyeru kepada Islam mestilah didahulukan sebelum sesuatu peperangan dilancarkan setelah musuh berdegil dan melawan seruan dakwah itu. 

Begitu juga kepentingan kepada pemilihan dan perlantikan kepimpinan mestilah dititik beratkan di mana ia mesti disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.

Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi di antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid di mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib.  Beliau turut gugur syahid di mana pada permulaannya tangan kanan beliau ditetak putus oleh musuh. Kemudiaannya beliau terus mengawal bendera panji Islam agar tidak jatuh dan ketika ini tangan kirinya pula dipotong oleh musuh.

Namun begitu beliau terus menggigit bendera panji dengan giginya tetapi kali ini kepalanya telah dipenggal yang menyebabkan beliau gugur syahid. Selain kedua tangannya yang putus ditetak oleh musuh, terdapat 50 kesan panahan pada badan beliau. Rasulullah s.a.w menyatakan bagaimana Allah menjadikan kedua tangannya itu sebagai sayap yang membolehkan beliau berterbang bebas di Syurga.  Sebab itulah beliau digelar dengan Ja’afar at-Toyyar iaitu Ja’afar yang mempunyai 2 sayap. 

Kemudian panji bendera Islam itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. 

Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak. 


Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.Seramai 12 orang tentera Islam yang gugur syahid termasuk 3 panglima yang dilantik oleh Rasulullah saw.

 Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. 

Ketika berjalannya kerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah segar masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seribu tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. 

Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.Benarlah firman Allah dalam ayat 169 yang bermaksud :

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuham mereka dengan diberi rezeki"




Peperangan  yang berlaku pada tahun -13 Hijrah pula di antara tentera Rom dan Islam membuktikan keimanan jitu golongan muslimin yang begitu berani berhadapan dengan musuh di dalam peperangan yang cukup sengit.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang yang dipimpin oleh "Ubaidah al Jarrah dan Khalid al Walid..

Firman Allah dalam ayat 111 surah at-Taubah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yag beriman jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah. Maka di antara mereka ada yang membeunuh dan terbunuh. Balasan Syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? OLeh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan ketahuilah bahawa jualbeli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar "


Wallahualam.

Wednesday, September 21, 2011

Semoga tidak berulang lagi episod Penghinaan terhadap Islam.


Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Sunday, September 4, 2011

MAKLUMAT PENTING UNTUK KE UNIVERSITI DI JORDAN


Posted by SMUTEM DQ | 12:25:00 PM |



Bagi memudahkan persiapan pihak pengurusan Sekretariat dan wakil-wakil pelajar persatuan universiti, di sini kami lampirkan beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum bertolak ke Jordan :

Perkara / dokumen penting yang perlu dibawa ke Jordan:
-          Passport (yang ini paling penting, jaga baik-baik sepanjang perjalanan nanti!) 
serta membawa Salinan Pasport (Muka Depan) 10 salinan. 
 
 Gambar, bawa minima 20 keping sebab banyak urusan perlukan gambar berukuran passport seperti urusan universiti, persatuan zon dan anak negeri, jabatan penuntut dan kedutaan M'sia, etc. Ada kedai gambar di sini,tapi untuk memudahkan dan melancarkan kerja, gambar dan photostat boleh ambil disini sahaja.
 
-          Kad Pengenalan dan Lesen Memandu boleh tinggalkan kat Malaysia, tidak berfungsi pun kat sini. Lagipun, kalau tak bawa lebih baik sebab nanti family boleh tolong renew). Kalau nak bawa pun tidak mengapa, cuma takut hilang dan tidak boleh renew.
 
-          Salinan IC sendiri, emak dan ayah. Yang ini untuk hal-hal yang memerlukan no. IC mereka dan urusan biasiswa. (Buat softcopy n hardcopy lah).
 
-          Salinan surat beranak adik beradik, salinan penyata gaji ibu bapa (untuk urusan biasiswa kalau yang tidak mendapat tajaan penuh).
 
-          Terjemahan SPM dan SIJIL LAHIR yang dah dicop endorsment (YANG NI PENTING, Kalau Korang rajin buat lagi satu/lebih sebab pengurusan orang arab kat sana pelik sikit, kadang-kadang diorang hilangkan semua dokumen kita. Silap2 ari bulan, tak masuk Universiti kita..)
-          Bawa baju batik lelaki, bersiap sedia untuk program haluan siswa.

RM1,000 tukar kepada euro atau usd dan dalam bank paling kurang RM2,000.

Keperluan harian lain di Jordan (untuk panduan sahaja);
1)  Pakaian
- Baju kurung/Jubah(bg perempuan) -10 pasang(memadai).
Untuk lelaki, ikut keperluan memadai (lelaki ).
- Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc).
- Tudung- minima 3 helai cukup dah.
- Serkup.
- Stokin kaki dan tangan.
- Telekung (2 helai) dan sejadah.
- Tuala - 2 helai 
- Sweater kalis air (sehelai sudah cukup, itupun kalau ada,kalau tak ada, tak payah bawa, boleh beli disini, murah dan banyak pilihan)
- Cadar tilam, sarung bantal, selimut.
p/s: Pakaian dan barangan musim sejuk beli kat sini macam baju winter, sarung tangan, mafla, etc. Lagi murah dan banyak pilihan, kat Malaysia mahal sangat. Seluar panjang kalau boleh bawak banyak sikit, boleh pakai dalam jubah atau baju kurung sebab angin disini kuat sangat. Bagi lelaki tiada masalah.
 
2)  Barangan peribadi
-  Bedak, sikat, minyak rambut, losyen, deodorant,berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu (kat sini ada je jual, tp utk permulaan ni bawa dulu dari Malaysia, senang sikit, pastu boleh beli lain kat sini bila dah habis)
- Ubat-ubatan (vicks, minyak gamat, minyak panas,cirit-birit, etc) bergantung lah yg mana rasa perlu, tak perlu bawa semua. Kalau ada penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat.
- Barangan jahitan @ barangan elektrik. ( ada je jual kat sini, tapi mahal dan kurang berkualiti. Kalau nak bawa, boleh sahaja kalau tidak bawa, boleh pinjam dengan kakak2 @ abang2 senior disini. )
p/s: Peralatan besi macam jarum dan gunting (kalau ada yang bawa) diingatkan sorok bahagian tengah bagasi, sbb takut effect pada scanner nanti. Termasuk juga barangan eletrik,cth iron. Semua barangan besi @ cecair, better letak kat bagasi yang kargo, jangan letak kat beg hand carry.
 
3) Makanan (dicadangkan letak dalam satu kotak khas-asing dengan pakaian dan barang lain).
- Perencah masakan (asam pedas, kari, tomyam, kurma, sup bunjut, asam jawa, asam keping, kayu manis, bunga lawang, santan serbuk/cecair, lengkuas, serai, daun limau purut, etc) – tapi terpulanglah,tidak wajib cuma barang-barang begini tidak ada kat sini tapi jangan bawa banyak sangat. Sebagai pengubat rindu je..
- Ikan bilis.
- Kicap (yang ini pun terpulanglah,tp tukar ke botol plastik, takut pecah. Kat sini ada je kicap tapi mahal sangat).
- Sirap, Vico dan Nestum 3 in 1 (kat sini takde, teh dan kopi je ada. Kalau tak nak bawak pun takpe).
- Masakan untuk raya seperti nasi impit, perencah rendang, serunding, kuah kacang segera, lemang segera, etc – (pengubat rindu di hari raya nanti..maklumlah raya di perantauan, syahdu sangat..)
- Udang kering, ikan kering, belacan,keropok ikan (terpulanglah cuma semua ni tak ada kat sini, tapi kalau nak bawa kene bungkus elok2 takut berbau).
 
4) Kitab
- Al-Quran Al-Karim.
- Tafsir Al-Quran (dalam bahasa melayu).
- Kamus BM-BA, BA-BM, BI-BM, BM-BI (ni bergantung pada masing-masing lah, kalau rasa berat, bawa BA-BM dan BM-BA pun dah memadai). Lagi baik bawa kamus bahasa arab Al-marbawi.
- Kitab-kitab terjemahan bahasa melayu spt. Hadis 40, Fiqh Manhaji, buku-buku rujukan tingkatan 4 & 5 boleh bawak buku PQS dan PSI (bagi yang akan ambil pengajian Syariah) atau buku-buku lain pengajian syariah IPTA dan buku BA(B.arab komnikasi & b.a. Tinggi).
- Buku bacaan lain atau majalah bahasa Melayu(untuk dibaca bila free)
- Kitab Tajwid dan Adab Hamlatul Quran Imam Nawawi (Saranan buat para penghafaz Al-Quran sekalian).
- Peralatan tulis.
 
5) Lain- lain
-Hand phone dan charger.
-Kaset dan Walkman atau mp3 atau mp4 (kalau rasa perlu..kalau bawa lagi bagus, boleh rakam lecture nanti).
-Kamera.
-Gambar famili, cikgu dan kawan-kawan (pengubat rindu).
-Laptop (terpulanglah tapi sangat berguna kalau bawa sebab kat sini system daftar subject dan pemarkahan adalah on-line).

Kemudahan di Jordan
1. Kemudahan bank di Jordan
Bank di Jordan, selalunya bagi pelajar Malaysia akan buat bank HSBC @ Standard Charted. Kalau nak keluarkan duit,untuk HSBC boleh melalui bank Cairo Amman Bank,Jordan Bank, Arab Bank. Kalau bank HSBC ada kat Amman.  Lebih memudahkan, buka sahaja bank HSBC, dan buat kongsi bersama-sama dengan ahli keluarga yang berada di Malaysa kerana mudah jika berlaku apa-apa masalah dengan bank. 
 
2. Kemudahan yang boleh diperolehi disini
Ada kemudahan internet tapi kena berdaftar dengan pihak markaz teknologi. Kemudahan lain, seperti pengangkutan, bas untuk ke Bandar Mafraq @ Irbid @ Amman @ Mu’tah. Ada juga pengangkutan teksi. Kemudahan asas seperti makan, elektrik dan air, jgn risau kalau duduk di sakan(kediaman). Untuk makanan, kita akan berkongsi bersama semua pelajar Malaysia dengan bergilir-gilir masak. Buatlah jadual untuk memasak.

Kewangan (LAMPIRAN BAGI MUKTAH/AL-BAYT)
 
I. YURAN ; kebanyakan pelajar baru hanya akan ambil 4 madah jer dulu,so kalu YURAN untuk 4 madah + kos pengurusan jamiah(Universiti) = JD250.000(RM1250.00) - YURAN
II. PENGINAPAN : antum semua akan ditempatkan ke rumah senior untuk transit sebentar,maybe sepanjang bulan puasa ni, lepas tu akan dimasukkan ke rumah baru, so banyaklah kelengkapan nak beli, seperti karpet, dapur, tong gas, perkakas memasak dll, so kalau boleh bawa la duit lebih sedikit.
III. BELANJA BULANAN : kebanyak pelajar sini berbelanja sekitar JD100(RM500.00) ada je yang lebih, kalau nak jimat, belanja JD100 je sebulan, duit ni termasuklah duit sewa rumah,bil air,api n internet, tambah bas ke jamiah dll.tapi ini hany sesuai untuk yang belajar di Mutah dan al-bayt sahaja, adapun di yarmouk tak cukup sebab yarmouk terletak di tengah2 bandar irbid, so kos sara hidup sebulan bertmbah la.

p/s : kami syorkan untuk permulaaan ni kalau boleh bawa kat tangan x byk pun takpe, seperti yang kami tulis tadi, duit cash bawa RM1000.00 pun xpe, tapi dalam bank biarlah ada dalam RM4000, so semua dalam RM5000.

CONTOH KOS SARA HIDUP PENGAJIAN SELAMA EMPAT TAHUN DI UNIVERSITI AL-BAYT/MUKTAH, JORDAN (PERANGKAAN SAHAJA)

TAHUN PERTAMA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
2.1  Yuran pusat bahasa (wajib) 1 Semester (*Universiti Al-Bayt Sahaja)
2.2  Semester 1 dan Semester Kedua
2.2.1  Subjek - 12 Subjek
2.2.2  Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.2.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.2.4  Buku-buku tambahan -2 Semester

2.3  Perbelanjaan Semester Akhir (Musim Panas)
2.3.1  Subjek -3 Subjek
2.3.2  Yuran khidmat universiti 1 Semester
2.3.3  Buku-buku untuk 1 Sem.




X JD30=JD360
X JD29=JD58
X JD50=JD100
X JD10=JD20
JUMLAH

X JD30=JD90
X JD29=JD29
X JD50=JD50
JUMLAH


JD300





JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1  Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2  Cuti antara Sem. - 2 sem
3.3  Semester Akhir (Musim Panas) 1 Sem. pendek
3.4  Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.

X JD105=JD210
X JD20=JD40
X JD90=JD90
X JD15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
4.1  Sebulan - JD100 x 12 bulan
4.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia - 12 bulan


X JD100=JD1200
XJD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem

XJD30 =JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2784

*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM13.920.00

TAHUN KEDUA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1  Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1  Subjek - 12 Subjek
1.1.2  Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester

1.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1  Subjek - 3 Subjek
1.2.3  Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2  Yuran khidmat universiti - 1 Sem.



XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH

XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH






JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem. 
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem  
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                              

XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
3.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan                               

XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
                               
XJD30=JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2484

* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00

TAHUN KETIGA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1  Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1  Subjek - 12 Subjek
1.1.2  Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester

1.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1  Subjek - 3 Subjek
1.2.3  Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2  Yuran khidmat universiti - 1 Sem.



XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH

XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH






JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem. 
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem  
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                              

XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
3.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan                               

XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
                               
XJD30=JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2484

* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00

TAHUN AKHIR

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos kapal terbang
1.1  Tiket kapal terbang (BALIK shj)                     

JD600

JD600
Kos pengajian
2.1  Semester awal dan Semester Kedua
2.1.1  Subjek - 12 Subjek
2.1.2  Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester              
                                                               
 2.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
2.2.1  Subjek - 3 Subjek
2.2.2  Yuran khidmat universiti -  1 Semester
2.2.3  Buku-buku - 1 Sem.     


XJD30=JD360
XJD29=JD58  
XJD50=JD100
XJD10=JD20
JUMLAH


XJD30=JD90
XJD29=JD29
XJD50=JD50
JUMLAH






JD538





JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1  Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2  Cuti antara Sem. - 2 sem 
3.3  Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.
3.4  Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                                             

X JD105=JD 210
X JD 20=JD 40
X JD 90=JD 90
X JD 15=JD 15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
4.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
4.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia X 12 bulan    


XJD100=JD1200 XJD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem                             
                                               
XJD30= JD 90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD3084

*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM 15.420.00
JUMLAH KESELURUHAN SELAMA 4 TAHUN = JD10 836 = RM 54.180.00
* makluman akan diberitahu jika ada sebarang perubahan.

SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG.
Tentang orang yang hendak sambut antum semua bukan atas bidang kuasa MPPMJ tapi atas bidang kuasa persatuan zon, kalau Uni. Mutah bawah PERMATA, kalau Uni al-Al Byat bawah PRISMA, kalau Uni Yarmouk bawah PERMAI.
 
akhir sekali beberapa pesanan pesanan penting:
 
-          MANTAPKAN pengusaan bahasa arab terutama nahu dan mufradat sebab masa mula-mula masuk akan ada imtihan bahasa.
-          Senarai barang dan keperluan ini adalah disenaraikan mengikut pengalaman dan barang2 yang dirasakan perlu.
-          Bagi barangan yang kurang perlu (seperti yang dinyatakan), bergantung pada masing-masing. Jangan paksa diri untuk membeli kesemua barang yang telah disenaraikan. Ikut keperluan.
-          Tentang belajar, jangan risau dulu, di sana ada sediakan taklimat / program yang akan membincangkan tentang madah, takhassus, dan sebagainya.
-          Persediaan MENTAL dan ROHANI agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan… Kehidupan di sini, mungkin apa yang diimpi tak seindah realiti…

Friday, August 26, 2011

PERSEDIAAN PELAJAR KE JORDAN

Sambutan Pelajar Baru : Persediaan Sebelum Ke Jordan


Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.





1) Dokumen-dokumen penting


• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan


• Salinan Kap Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport (sebaiknya 15 keping)

• Surat-surat penting berkaitan penajaan.


** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian


• Pakaian biasa, untuk ke kelas seperti kameja, seluar baju kurung atau jubah bagi siswi.

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa.


• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sebagainya untuk permulaan.


• Al-Quran, sejadah, Kompas Qiblat dan keperluan ibadah lain.




3) Makanan


• Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, sos cili, perencah dan lain-lain lagi disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada/sukar didapati di sini.

• Peralatan memasak terutamanya periuk nasi dan blander bolehlah dibawa memandang barangan tersebut kurang berkualiti disini.



4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet.

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan .


• Bagi penggemar sukan, bolehlah membawa peralatan sukan seperti raket, bola takraw, bad pingpong dan sebagainya.

• Pengetahuan asas computer, bahasa inggeris dan juga bahasa arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN


WANG


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak university hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)


C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB. (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.



Peringatan penting!


 Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[Bagi Tajaan JPA dan MARA]


 Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.






Tambahan:


Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

Thursday, August 25, 2011

DOAKANLAH UNTUK PARA PELAJAR KITA YANG BERJUANG UNTUK ISLAM..

MPPMJ SERU MAHASISWA ISLAM KHUSUSNYA JORDAN SOLAT HAJAT “SELAMATKAN PMRAM DAN MAHASISWA MESIR”

28 Julai, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam Jordan melakukan solat hajat khusus bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk PMRAM dan mahasiswa Islam Mesir    berhubung isu yang masih hebat diperkatakan pada amalam ini.

MPPMJ menyambut baik permintaan PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir . Bagi setiap mantiqah juga MPPMJ menyeru agar setiap Persatuan Zon dapat sama-sama melakukan solat hajat pada malam ini yang masing-masing bagi tujuan yang sama.

Selain itu, solat hajat ”Selamatkan PMRAM dan Mahasiswa Mesir” bukan sahaja dilakukan di peringkat Mesir bahkan di Malaysia serta beberapa negara luar seperti Jordan, Syria, Morocco, Ireland dan sebagainya.

28 Julai (hari ini) menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir,Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama  solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir .

Selain persatuanpersatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau   di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS,Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.