Friday, August 26, 2011

PERSEDIAAN PELAJAR KE JORDAN

Sambutan Pelajar Baru : Persediaan Sebelum Ke Jordan


Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.





1) Dokumen-dokumen penting


• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan


• Salinan Kap Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport (sebaiknya 15 keping)

• Surat-surat penting berkaitan penajaan.


** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian


• Pakaian biasa, untuk ke kelas seperti kameja, seluar baju kurung atau jubah bagi siswi.

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa.


• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sebagainya untuk permulaan.


• Al-Quran, sejadah, Kompas Qiblat dan keperluan ibadah lain.




3) Makanan


• Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, sos cili, perencah dan lain-lain lagi disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada/sukar didapati di sini.

• Peralatan memasak terutamanya periuk nasi dan blander bolehlah dibawa memandang barangan tersebut kurang berkualiti disini.



4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet.

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan .


• Bagi penggemar sukan, bolehlah membawa peralatan sukan seperti raket, bola takraw, bad pingpong dan sebagainya.

• Pengetahuan asas computer, bahasa inggeris dan juga bahasa arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN


WANG


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak university hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)


C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB. (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.



Peringatan penting!


 Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[Bagi Tajaan JPA dan MARA]


 Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.






Tambahan:


Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

Thursday, August 25, 2011

DOAKANLAH UNTUK PARA PELAJAR KITA YANG BERJUANG UNTUK ISLAM..

MPPMJ SERU MAHASISWA ISLAM KHUSUSNYA JORDAN SOLAT HAJAT “SELAMATKAN PMRAM DAN MAHASISWA MESIR”

28 Julai, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam Jordan melakukan solat hajat khusus bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk PMRAM dan mahasiswa Islam Mesir    berhubung isu yang masih hebat diperkatakan pada amalam ini.

MPPMJ menyambut baik permintaan PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir . Bagi setiap mantiqah juga MPPMJ menyeru agar setiap Persatuan Zon dapat sama-sama melakukan solat hajat pada malam ini yang masing-masing bagi tujuan yang sama.

Selain itu, solat hajat ”Selamatkan PMRAM dan Mahasiswa Mesir” bukan sahaja dilakukan di peringkat Mesir bahkan di Malaysia serta beberapa negara luar seperti Jordan, Syria, Morocco, Ireland dan sebagainya.

28 Julai (hari ini) menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir,Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama  solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir .

Selain persatuanpersatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau   di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS,Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.

BETAPA SEDIHNYA ..RAMADHAN AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA...

Ramadhan Mulai Berangkat Pergi

Ramadhan yang makin tirus
Mempersiapkan diri dengan kelengkapan
Mulai mengangkat sauhnya dari pelabuhan
Sambil melambai menyelamat tinggal
Pada pendukung setia
Penuh syahdu dan sayu
Seorang hamba yang alpa
Tersedu kecamuk pilu
Dalam enggan melepasnya pergi
Dia adalah kekasih
Mencuri hati dan pergi
Betapa luluhnya jiwa
Tidak pasti berkesempatan
Ramadhan akan kembali
Atau dirinya terlebih dahulu pergi.


Semarak Ramadhan
Dengan gemersik azan
Dengan jamaah beriftar di anjung surau
Bersaf-saf para jamaah bersolat
Bertakbir dengan kebesaran
Bertahmid dengan keagungan
Bertasbih dengan kekudusan
Bersalawat pada Junjungan
Bertadarrus dalam kumpulan
Bertahajjud di perut malam
Akan berlalu dari pandangan
Terngiang-ngiang mengetuk kepiluan
Menghiris perasaan.


Ramadhan berpulang
Datang dengan tawaran
Ibadat dan berkebajikan
Tapi kesempatan terluang
Lebih terabai dari pengisian
Sesungguhnya diri seorang Shafie
Tergolong kalangan yang rugi
Abai dari peringatan
Lalai dari amalan.

Ramadhan berlalu
Di tubir waktu
Dan diri termangu
Menzikiri dalam syahdu
Kembali menunggu dalam rindu.


Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
26 Ramadhan 1432
26 Ogos 2011.