Thursday, September 30, 2010

DEMAM PEPERIKSAAN SUDAH MULA TERASA...

Masa itu emas, masa tidak dapat di ulang semula, cepatnya masa berlalu….aahhh…berbagai keluhan telah mula didengari dan biasa didengari....TAK CUKUP MASA NAK STUDY LA...BANYAK NAK KENA STUDY LA...DAH STUDY TAPI TAK BOLEH INGAT LA... . Sebenarnya masa inilah masa terbaik untuk mengulangkaji..kerana beberapa faktor:

1.Tekanan – murid telah merasa tekanan untuk menghadapi peperiksaan…tekanan atau stress amat penting mendorong kita lebih aktif belajar dan berbincang. Tekanan yang membuatkan kita cepat memahami dan cepat bertindak. Tekanan akan menyingkirkan rasa malas dan mengantuk….

2.Peperiksaan percubaan telah selesai…murid telah mengenalpasti kelemahan diri..topik mana belum betul-betul mahir, topik mana dah ok, soalan jenis mana yang masih kurang mahir dalam teknik menjawab..konsep mana yang masih keliru..analisa kendiri atau muhasabah diri penting ketika ini untuk menampal kekosongan di mana ada..

3. Semua topik dan sukatan telah selesai diajar oleh guru…bila soalan merentas topik, murid dapat menghubungkait dengan mudah.

4. Guru juga telah bersedia berjumpa semua murid yang memerlukan pertolongan samaada secara kumpulan atau persaorangan..


Berdasarkan ini..pada muallimah..this is the best time of the year, sebab masa ni paling mudah menerangkan konsep kepada pelajar kerana tumpuan mereka 100%.

Jika memerlukan bantuan mh. mana-mana konsep yang tak faham... (oops Bio & Sains aje la...jgn tanya pasal STAM..he..he..) sila hubungi mh. disini atau email mh di : wazah15@yahoo.com.my , mh.bersedia membantu.

selamat belajar kepada semua pelajar Sek Men Al Hidayah, Ipoh, 
khususnya kelas 5 Mumtaz , 5 Yakin Dan 6 Adzkia (STAM)! Tak lupa juga kelas
STAM SARJANA (anakanda dan teman2nya)

SELAMAT BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.

Wednesday, September 29, 2010

PERGINYA SEORANG TUAN GURU...

TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN ANAK DIDIK TUAN GURU “PAK TEH” PENGASAS PONDOK PAK TEH PENGKALAN HULU

29 09 2010
 
PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan anak didik Almarhum Tuan guru Haji Dato Abdul Latif b. Adul Rahman atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh diatas pemergiannya kerahmatullah pada awal pagi hari ini.
PAS Perak merasai kesedihan akan hilangnya seorang pejuang agama yang begitu gigih dan merupakan seorang Tuan Guru yang telah banyak melahirkan pelajar-pelajar agama di Perak ini. Pemergian Tuan Guru Pak Teh sangat dirasai oleh seluruh rakyat di negeri Perak ini. Al Marhum sememangnya sangat dikenali sebagai seorang tuan guru yang mahir dalam belbagai bidang agama dan sentiasa istiqamah dalam melahirkan insan-insan yang memahami dan mendalami ilmu agama di pondok beliau.

Pengorbanan dan semangat juangnya dalam misi untuk berbakti kepada ummah dan melahirkan insan yang faham agama inilah yang wajar dicontohi oleh seluruh rakyat khususnya umat Islam, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi rakyat Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.
Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK

Thursday, September 23, 2010

Fesyen Bertudung Sekarang Tiru Biarawati Kristian !!!

Fesyen Bertudung Sekarang Tiru Biarawati Kristian !!!

Hadis nabi :”barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka”.. – riwayat Abu Daud…

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA..
.

Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya…sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah… Jauhilah dari memakai sebegini…agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian…..


Sumber :- Facebook omaQ.org