Wednesday, June 29, 2011

IMTIHAN QABUL



Sebuah peperiksaan mengejut telah diadakan pada tahun 2009 buat pertama kalinya untuk para pelajar  Malaysia, Imtihan ini akan diadakan sebelum seorang mahasiswa itu layak memasuki kuliah yang dikehendaki .
Sekiranya pelajar tersebut tidak berjaya melepasi peperiksaan ini, beliau dikehendaki untuk memasuki kelas persediaan selama setahun di Kaherah.
Oleh itu, saya mengharapkan agar para calon mahasiswa Al-Azhar dapat bersedia dengan kemungkinan diadakan lagi imtihan ini pada tahun berikutnya.

Peperiksaan ini menguji 3 aspek :

1)      1) Ilmu yang dipelajari di STAM

2)     2) Mendengar dan menulis 

3)    3)  Bercakap dalam bahasa arab

Namun begitu, janganlah para calon mahasiswa bimbang kerana, soalan yang dikemukakan itu tidaklah terlalu payah dan tidak juga terlalu senang, Universiti Al-Azhar telah menilai peperiksaan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi saya, saya merasai keputusan mengadakan Imtihan ini adalah keputusan yang terbaik. Cuba anda bayangkan.. jika anda berjaya memasuki Al-Azhar tanpa mengetahui bahawa anda belum ada kemahiran Mendengar percakapan pensyarah, memahami bahasa arab, dan bercakap dalam bahasa Arab, anda pastinya akan gagal dalam peperiksaan tahun pertama , dan telah mengalami kerugian selama satu tahun,

Keputusan peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 3 :

1) Najah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar tanpa syarat

2) Daurah Saifiyyah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar dengan syarat perlu mengikuti kursus
bahasa yang disediakan oleh Al-Azhar semasa musim cuti semester.

3) Rasib - Gagal.

jika anda tidak lulus didalam ujian tersebut, anda akan diasah dan dididik dengan teliti oleh para pensyarah Al-Azhar dan anda akan mengalami satu tahun yang bermakna dan berguna..
Tetapi jangan pula mengharapkan kegagalan dalam ujian tersebut, kerana anda amat beruntung jika berjaya melepasi ujian tersebut kerana anda telah berjaya menjadi seorang Mahasiswa Al-Azhar .

BUAT PELAJAR YANG BAKAL KE MESIR...

KOS yang terpaksa ditanggung oleh rakyat...

RM17 Juta Biayai Kos Lawatan PM dan Isteri

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

azlanJawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan
rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.