Wednesday, January 12, 2011

UNTUNG BESAR PUNYA !!!!!

Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas  menyatakan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 .

Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

BESAR PUNYA!!!!

Kesian Rakyat Malaysia....

Kesian sungguh dengan rakyat Malaysia..negara pengeluar minyak tapi terpaksa beli minyak petrol dengan harga yang cukup tinggi..

Ya lah.. kerajaan BN kata tak mampu nak tanggung bagi subsidi pada rakyat...tak apalah biar rakyat 1Malaysia tanggung susah..






Bil
Negara Pengeluar Minyak
Nilai RM
1.
United Arab Emirates
RM1.22 seliter
2.
Baharin:
RM0.89 seliter
3.
Qatar
RM0.72 seliter
4.
Kuwait
RM0.69 seliter
5.
Libya
RM0.46 seliter
6.
Arab Saudi
RM0.39 seliter
7.
Iran
RM0.36 seliter
8.
Nigeria
RM0.33 seliter
9.
Turkemenistan
RM0.26 seliter
10.
Venezuela
RM0.16 seliter
11.
MALAYSIA
RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER

Wednesday, January 5, 2011

FADHILAT BERJEMAAH


30 Muharram 1432 H | 5 Januari 2011

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat menyukai melakukan secara berjemaah dalam tiga perkara, iaitu:
  1. Solat - di samping ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat berseorangan, solat berjemaah juga sebagai lambang kesepaduan ummah, di mana masing-masing saling menampung antara satu sama lain. Ada ketikanya kita tidak khusyuk, tetapi jemaah lain dalam keadaan khusyuk. Di akhirat nanti, Allah akan mengira solat kita juga secara jemaah, dan kita akan tergolong dalam golongan orang yang khusyuk. Di samping itu juga, terlalu sukar untuk syaitan mengganggu ketika solat berjemaah. Untuk itu perlu kita pastikan saf dalam keadaan lurus, dan sebolehnya serapat yang mungkin (bahu bertemu bahu).  
  2. Musafir/berjalan - Nabi Muhammad s.a.w akan memastikan setiap perjalanan yang dilalui baginda akan bersama para sahabat. Antara kebaikannya adalah boleh menjamin solat dilakukan secara berjemaah, mengelakkan fitnah dan gangguan syaitan, dan boleh membantu antara satu sama lain ketika dalam kesusahan
  3. Makan - apabila makan secara beramai-ramai ini akan mendatangkan keberkatan daripada Allah s.w.t. Mungkin makanan yang dihidangkan itu pada zahirnya sedikit, tetapi dengan keberkatan yang Allah berikan ianya mencukupi. Islam juga mengajar agar tidak berlebih-lebih ketika makan - makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Dengan makan berjemaah ini akan mendisiplinkan diri kita untuk mengambilnya sekadar yang kita perlukan, bukan mengikut nafsu
Begitulah, betapa indahnya ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Setiap apa yang diperkatakan baginda itu mempunyai kebaikan yang kadang kala umat Islam tidak mempraktikkannya, tetapi diamalkan oleh orang bukan Islam. Mudah-mudahan kita dapat beramal, memperbaiki segala kekurangan yang ada dengan masa yang semakin singkat untuk kita, dan sebar-sebarkanlah untuk kebaikan kita semua.

Wallahua'lam...