Sunday, October 31, 2010

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

Oleh Ust Saiful Bahri


Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka.

Yelahh... Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.

Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.


Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ

Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.

Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 
[Maksud surah al-Nur : 2]

InsyaAllah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total permasalahan masyarakat yang ada sekarang.
 
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ 

Thursday, October 21, 2010

MEMO SEORANG PENDAKWAH...

Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
 
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 
 
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
 
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri   . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 
 
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .
 
~USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT TANTAWI

Tuesday, October 19, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Khas kepada yang bercadang  nak tidur masa exam!!!

SELAMAT BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN


SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH DI DALAM 
MENJAWAB PEPERIKSAAN,
BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT, INSYAALLAH.

BEST WISHES TO : ANAKANDA DAN SAHABAT DI SARJANA (STAM)
                                  PELAJAR-PELAJAR STAM S.M. AL HIDAYAH, IPOH
                                  SEMUA PELAJAR SPM SMAH 
                                  SEMUA PELAJAR SMAH (PEP AKHIR TAHUN)

Wednesday, October 13, 2010

KEPADA YANG MASIH BERBELANJA DI McD DAN YG SEANGKATAN DENGANNYA..

Kita semua tahu masih ramai lagi umat Islam yang bergembira & berbangga berbelanja di KFC atau Mc D
...sedangkan umat Islam khususnya di Palestin menderita dan terkorban demi agama dan kebebasan mereka di negara sendiri....mereka merintih sedangkan kita memberi sumbangan kepada pembunuh saudara seagama kita...sudah-sudahlah tu...berhentilah memberi sumbangan kepada Zionis & sekutunya..

Ada sebuah kisah...kawan suami yang merupakan seorang ustaz dan anak-anak pun mendapat didikan agama, Alhamdulillah...tetapi si bapa ni tidak mampu walaupun sudah menasihatkan anak-anaknya agar tidak membeli produk McD & K...sehinggalah salah seorang anak ustaz ini yang belajar di Yaman (umur 13 tahun) sakit dan meninggal dunia di Yaman...

Tidak berapa lama sebelum meninggal dunia , Anak soleh beliau itu sempat berpesan kepada abang2 dan kakak2nya supaya tidak lagi membeli produk Zionis tersebut kerana di akhirat nanti kita akan dipersoalkan tentang sumbangan kita terhadap Zionis...Alhamdulillah mereka kini telah insaf dan tidak mahu lagi menyumbang/membeli produk Zionis tersebut....FIKIRKANLAH...



Wednesday, October 6, 2010

THANK YOU MY HUSBAND...

HARI INI TEMAN MENDAPAT KIRIMAN DARIPADA

SUAMI TERCINTA....TERIMA KASIH SUAMIKU...

Abusaifuddin Abuali 

 Isteriku,
kau datang dalam hidupku ketika
aku tiada apa-apa,
susah senang kita tempuh bersama.

...Zah setia menemani abang ke mana-mana,
kini ketika kita mempunyai semuanya,
abang berjanji akan
bersama Zah "FOR THE REST OF MY LIFE"