Tuesday, July 27, 2010

KEADILAN ADALAH DENGAN ISLAM

Keadilan adalah kerja politik. Dalam  Ayat Quran, Allah menyuruh manusia melaksanakan keadilan. Nak adil macam mana kalau tak ada kerajaan..Keadilan adalah perintah Allah, wajib dilaksanakan...untuk melaksanakannya perlu kepada negara Islam..

Kita merasa bertuah kerana dapat mengikut kata-kata Nabi yang gerenti dah tak salah..kerana kata-kata Nabi adalah berdasarkan kebenaran dan jauh dari gangguan syaitan..Islam sebut selepas mati akan ada lagi kehidupan..kehidupan di alam kubur, di padang mahsyar..

Hidup kita ni...sekarang ini kita hidup sebelum ini kita tak ada...dan kemudian nanti kita akan mati. Selepas Mana ada mana-mana pemimpin di dunia ini boleh pergi..mana ada seorang manusia boleh bercerita tentang syurga neraka, bercerita tentang azab kubur sedangkan dia sendiri tidak pernah pergi ke syurga neraka atau alam barzakh...atau ke padang mahsyar.

Nabi diangkat oleh Allah dalam peristiwa Isra' Mi'raj nya dibawa ke langit. Nabi menceritakan kepada kita kejadian syurga neraka..

Nabi dilantik oleh Allah, kita wajib takut dan gerun pada Allah.

Aqidah boleh hilang...bangsa tidak hilang..Melayu tetap Melayu,dia gemuk ke kurus, jahat atau baik tetap Melayu. Cina tetap Cina tetapi aqidah Islam boleh hilang dari umat Islam... Muslim atau tidak muslim.



Perpaduan Melayu yang digembar-gemburkan ini sebenarnya untuk menjaga UMNO atau menjaga Melayu???  Kalau nak jaga Melayu maka dengan Islamlah sahaja boleh menjaga Melayu yang telah lama dilaksanakan oleh PAS iaitu memastikan umat melaksanakan perintah Allah. Islam (PAS) menjaga Melayu selamat hingga ke akhirat bukan selamat di dunia sahaja.

Kalau nak berpadu..PAS sudah lama dah bersatu dengan UMNO sejak zaman Allahyarham Tun Razak dan Dato' Asri.  PAS dengan ikhlas bersatu dengan UMNO (Barisan Nasional) tetapi akhirnya PAS ditendang (bukan keluar seperti dilaporkan akhbar pada masa itu).  Rasulullah mengajar umat ISLAM jangan masuk lubang 2 kali...

Ada pemimpin..belajar sana belajar sini..maka berjaya jadi pemimpin tetapi Nabi dilantik oleh Allah yang Maha Kaya, Maha Bijaksana..sudah pastilah Nabi wajib ditaati dan diimani. .maka jika Nabi suruh kita buat sesuatu, maka wajiblah kita beriman dan melaksanakan perintah Nabi saw.

Abu Jahal berkawan rapat dengan S. Abu Baqr tetapi Abu Jahal menolak dan menentang Rasulullah sedangkan Abu Bakar beriman kepada Allah dan Rasulullah..dengan tiada kepentingan diri...

Kebanyakan kita menolak Islam kerana kpentingan diri...semasa pilihanraya,mendapat RM20 (nak belanja 5 tahun???)
dah sanggup menyokong perjuangan batil...

Alhamdulillah PAS telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun...semua rakyat Kelantan mendapat layanan adil dari pemimpin Negeri diketuai oleh Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz tanpa mengira bangsa,Melayu, Cina dll., dan agama...

Dalam UMNO dok mintak berpadu ..UMNO berlaku khianat...Baru-baru ini Kerajaan Kelantan hendak mengadakan sukan bermain wau terbuka kepada anak-anak sekolah kebangsaan , tetapi dilarang....budak kecil nak main wau dilarang (melalui sekolah)...

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment