Thursday, July 22, 2010

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADANYA KITA DIKEMBALIKAN..

 Pada minggu lepas, saya mendapat berita ibu saudara iaitu adik kepada abah (makcik Timah) telah kembali ke rahmatullah..Sedihnya kehilangan...bermula dengan kematian abah Mei 2009, diikuti kekandanya (maklong) pada Ogos 2009 dan kini makcik pula kembali ke rahmatullah..

Keadaan makcik sebelum meninggal dunia lebih kurang sama seperti abah...abah dulu dari keadaan sihat-sihat tiba-tiba mengadu sakit perut dan berlarutan selama 2 minggu sehinggalah di saat akhir hayatnya doktor mengatakan aruah mengidap ulcer... makcik pula dalam dok sihat-sihat...mampu menunggang motorsikal lagi sebelum itu, kemudian sakit perut (apendiks) dan dilakukan pembedahan namun kompliksai semakin teruk , perut membengkak dan terpaksa dibedah sekali lagi. Namun kesihatan makcik semakin merosot dan doktor ingin melakukan pembedahn kali ke-3 namun tidak dibenarkan oleh anaknya...kerana kasihan melihat keadaan ibunya yang terlalu uzur..dan akhirnya makcik menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah doktor menasihatkan untuk dibawa pulang.

Semasa menziarahi makcik di Hospital KPJ, Bandar Perda, Seberang Jaya, apabila terpandang sahaja muka makcik terus teringatkan aruah abah kerana rupa makcik seiras muka abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. AMIN. 

No comments:

Post a Comment