Wednesday, March 16, 2011

UJIAN ALLAH KERANA ALLAH SAYANGKAN KITA..

Agak lama tidak mengadap laptop apatah lagi 'mengupdate' blog kerana terlalu sibuk dan kesuntukan masa apabila mendapat ujian daripada Allah SWT..sesungguhnya Dia lah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu..

Semenjak 21 Januari 2011 bonda tercinta diserang 'stroke' dan sehingga kini terbaring tidak boleh bercakap dan makan minum pun hanya melalui tiub Ryle's sahaja...3 kali bonda dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, SP... dan selama itu jugalah duniaku berkisar di sekitar hospital dan tempat kerja...rumah hanyalah tempat persinggahan sebentar untuk mandi dan menyalin pakaian...pulang dari hospital jam 5 pagi terus bersiap ke sekolah...pulang awal dari sekolah (Alhamdulillah P&P dan tugasan yang diamanahkan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin) terus ke hospital semula...

Terasa betapa beratnya ujian daripada Allah selepas satu, ujian yang lain pula datang, namun di sebalik ujian berat daripada Allah , aku merasa betapa dekat dan penuh pergantungan hanya kepada Dia Yang Maha Memiliki segala-galanya.. dan aku yakin Allah mengujiku kerana Dia mengasihiku, InsyaAllah... Dan aku juga mengalami dan meyakini betapa Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya yang berdoa...

Berbagai pengalaman hidup dan pengajaran yang dapat kukutip sepanjang berada di hospital...betapa BESAR & AGUNGNYA ENGKAU YA ALLAH...

Saya berjumpa dengan seorang wanita 30-an di kafetaria hospital...seorang diri bertongkat...meminta tumpang duduk di mejaku..terketar-ketar tangannya hendak membuka bungkusan air minumannya...selepas berukhuwah..rupanya beliau mendapat kanser saraf...tetapi sedang menemani ayahnya yang sakit di Wad Kenanga 5. Subhanallah.. Ya Allah rupanya ramai lagi yang lebih berat lagi ujian mereka dan mereka redha dengan ketentuan dariMu..

Keesokkannya berjumpa pula dengan seorang wanita tua berkerusi roda kerana kaki patah...yang sedang mengadap makanannya yang bagiku cukup banyak bagi seorang wanita tua sepertinya... dengan bihun & mi, kuih muih penuh pinggan....belum mula makan makanannya itu , beliau meminta aku membelikan untuknya nasi lemak,lauk sotong dan ubi kentang seperti yang sedang aku makan..dan tak lupa kopi O ais...MasyaAllah..larat ke makcik tua ini menghabiskannya!!!

Di dalam wad, para pesakit berbagai ragam dengan kesakitan dan tahap kesabaran masing-masing...seorang gadis 17 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM kemalangan (menaiki motorsikal) patah kakinya menjerit satu wad apabila disentuh oleh doktor dan jururawat....ada yang 'cool' aje ada yang menangis apabila kakinya terpaksa dipotong kerana kencing manis...tetapi sedihnya susah betul untuk bertemu pesakit yang menunaikan solat....rata-rata gagal di dalam ujian solat...Wallahualam.


Kepada semua yang mengenaliku atau kalau tidak kenalpun atas dasar ukhwah fillah...doakan semoga Allah memberikan yang terbaik kepada ibuku dunia dan akhirat...semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dikurniakan rahmat...dan semoga Allah memberikan kekuatan  dan kemudahan kepadaku di dalam menghadapi ujian dan cabaran...AMIN..

No comments:

Post a Comment