Memo Taubat Buat Rosmah
1.  Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi  berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi  penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal  [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh  Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai  penaungnya [ founding patron ] .
3. Bukan sahaja pakaian yang  diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang  mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di  pakaian yang sedemikian .
4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh  memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak  mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya ,  sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31
[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah  mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya  dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 
Janganlah  mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya ,  bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya  yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah ,  hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki  yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum  mengerti tentang aurat perempuan . 
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]
5. Datin Seri Rosmah telah  diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh  dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab  memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang  dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi  secara terbuka menentang syariat Allah swt.
6. Baru - baru ini Datin Seri  Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta   bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin  Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .
7. Namun kuasa bukanlah tiket  untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang  suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha  Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin  Seri   . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja  menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu  hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .
8. Datin Seri Rosmah boleh  memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan  dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk  ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi  Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula  menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara  terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar  di atas .
9. Tindakan Datin Seri Rosmah  cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang  perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara  ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam.  Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah  pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri  keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh  merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling  tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru  telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti   yang dipimpin oleh suami Datin Seri .
10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya  bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam  untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri  sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang  saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat  kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke  penghujung .
11. Biarpun Datin Seri kelihatan  masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan  kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan  Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .
12. Datin Seri berdepan dengan  amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti  kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 
Pertama  , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus  menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang  menghina Islam dan mengelirukan ummah .
Kedua , melalui PERMATA  yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian  banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah  Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri  sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama ,  negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada  pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana  faktor kemiskinan .
Juga  membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa  mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu  kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan  kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya  singgah dan berpaut di istana hinggap .13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat  yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya  harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru  agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan  Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas  kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan  yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah  swt .
14. Bicara atau Memo Taubat yang  saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri  berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang  senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan  kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri  dan semakin angkuh di puncak bumi .
15. Saya mewakili Dewan Pemuda  PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan  yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat  berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan  insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .
~USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT TANTAWI 
No comments:
Post a Comment