Sunday, December 12, 2010

Kematian pasti datang....

Pada tanggal 1 Disember 2010 (24 Zulhijjah 1431 H) saya dikejutkan dengan berita kematian ayah mertua..semasa sedang menjalani Kursus Perancangan Taktikal di sekolah..

Suami pula kebetulan baru sejam bertolak untuk ke mesyuarat di Ipoh selama 4 hari (berada di Bukit Merah) mendapat berita sedih tersebut. Sememang dijanjikan Allah, disebabkan itulah suami sempat menguruskan jenazah ayahnya..memandikan dll sedangkan saya dan anak-anak yang menaiki kereta berasingan (Alhamdulillah kereta ada 2 dan mampu drive jarak jauh)..masih dalam perjalanan dari Sungai Petani dan hanya sempat sampai pada pukul 6.50 ptg dan jenazah sedang menunggu  masa untuk dikebumikan..


Sememangnya perjalanan terasa sangat jauh dan tak sampai-sampai walaupun di lebuhraya saya melihat meter kereta 120 km/j pada kebanyakan waktu..Jenazah abah cepat diuruskan kerana beliau telah berwasiat supaya menyegerakan pengkebumiannya..apatah lagi dengan keadaannya yang merupakan pesakit kencing manis..tak elok dibiarkan lama jenazahnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Ajal maut semuanya di tangan Allah yang telah ditetapkan waktunya tidak terlewat atau tercepat walau sesaat...hanya manusia sahaja yang menyebutkan kematian berlaku disebabkan itu ini....baharu sahaja  kedua-dua ibu bapa mertua saya menyambut Idul Adha di rumah kami di Sg Petani..dan merupakan kali pertama  (dan terakhir) abah menyambutnya di luar kampung halamannya...

Terima kasih diucapkan kepada semua saudara mara dan sahabat-sahabat abah yang telah banyak menolong dan turut mendoakan kesejahteraan abah..Turut hadir antaranya adalah YDP PAS Parit, Ustaz Hassan Johar dan isteri, bekas Ahli Parlimen Parit, Ustaz Mat Basir Rahmat dan isteri, sahabat baik abah, En. Isa dari Rapat Jaya Tambahan dan ramai lagi..

Selang sehari selepas kematian abah penduduk kampung mendapat satu lagi berita kematian...kematian kanak-kanak berusia 3 tahun yang disyaki didera..beliau meninggal dunia di hospital Changkat Melintang dan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun untuk post-mortem...

Saya mengenali keluarga ini dari sejak mula berkahwin (19 tahun dahulu)...dari generasi moyang simati hinggalah ibunya..dan kami sangat mengenali cara hidup keluarga mereka...dan bagi saya Allah Maha Mengetahui ..menyelamatkan kanak-kanak tersebut (InsyaAllah syurga balasannya...) Wallahualam.

No comments:

Post a Comment