Mengikut cerita beliau, aruah suaminya pulang dari kerja terus mandi dan solat asar dan kemudiannya berbaring sebentar apabila isterinya mendengar suara suaminya di dalam kesakitan..beliau yang tidak menyangka keadaan suaminya serius lalu menyapu minyak ke badannya..dan terus menghantar beliau ke hospital.Malangnya sesampai sahaja ke hospital aruah suaminya telah kembali ke rahmatullah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan kepada Fazliyana di dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini.
Tak lupa juga diucapkan takziah kepada Ketua DMP Gopeng , Puan Nor Kamariah kerana kehilangan ayahanda beliau baru-baru ini.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment