Wednesday, September 21, 2011

Semoga tidak berulang lagi episod Penghinaan terhadap Islam.


Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Sunday, September 4, 2011

MAKLUMAT PENTING UNTUK KE UNIVERSITI DI JORDAN


Posted by SMUTEM DQ | 12:25:00 PM |



Bagi memudahkan persiapan pihak pengurusan Sekretariat dan wakil-wakil pelajar persatuan universiti, di sini kami lampirkan beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum bertolak ke Jordan :

Perkara / dokumen penting yang perlu dibawa ke Jordan:
-          Passport (yang ini paling penting, jaga baik-baik sepanjang perjalanan nanti!) 
serta membawa Salinan Pasport (Muka Depan) 10 salinan. 
 
 Gambar, bawa minima 20 keping sebab banyak urusan perlukan gambar berukuran passport seperti urusan universiti, persatuan zon dan anak negeri, jabatan penuntut dan kedutaan M'sia, etc. Ada kedai gambar di sini,tapi untuk memudahkan dan melancarkan kerja, gambar dan photostat boleh ambil disini sahaja.
 
-          Kad Pengenalan dan Lesen Memandu boleh tinggalkan kat Malaysia, tidak berfungsi pun kat sini. Lagipun, kalau tak bawa lebih baik sebab nanti family boleh tolong renew). Kalau nak bawa pun tidak mengapa, cuma takut hilang dan tidak boleh renew.
 
-          Salinan IC sendiri, emak dan ayah. Yang ini untuk hal-hal yang memerlukan no. IC mereka dan urusan biasiswa. (Buat softcopy n hardcopy lah).
 
-          Salinan surat beranak adik beradik, salinan penyata gaji ibu bapa (untuk urusan biasiswa kalau yang tidak mendapat tajaan penuh).
 
-          Terjemahan SPM dan SIJIL LAHIR yang dah dicop endorsment (YANG NI PENTING, Kalau Korang rajin buat lagi satu/lebih sebab pengurusan orang arab kat sana pelik sikit, kadang-kadang diorang hilangkan semua dokumen kita. Silap2 ari bulan, tak masuk Universiti kita..)
-          Bawa baju batik lelaki, bersiap sedia untuk program haluan siswa.

RM1,000 tukar kepada euro atau usd dan dalam bank paling kurang RM2,000.

Keperluan harian lain di Jordan (untuk panduan sahaja);
1)  Pakaian
- Baju kurung/Jubah(bg perempuan) -10 pasang(memadai).
Untuk lelaki, ikut keperluan memadai (lelaki ).
- Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc).
- Tudung- minima 3 helai cukup dah.
- Serkup.
- Stokin kaki dan tangan.
- Telekung (2 helai) dan sejadah.
- Tuala - 2 helai 
- Sweater kalis air (sehelai sudah cukup, itupun kalau ada,kalau tak ada, tak payah bawa, boleh beli disini, murah dan banyak pilihan)
- Cadar tilam, sarung bantal, selimut.
p/s: Pakaian dan barangan musim sejuk beli kat sini macam baju winter, sarung tangan, mafla, etc. Lagi murah dan banyak pilihan, kat Malaysia mahal sangat. Seluar panjang kalau boleh bawak banyak sikit, boleh pakai dalam jubah atau baju kurung sebab angin disini kuat sangat. Bagi lelaki tiada masalah.
 
2)  Barangan peribadi
-  Bedak, sikat, minyak rambut, losyen, deodorant,berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu (kat sini ada je jual, tp utk permulaan ni bawa dulu dari Malaysia, senang sikit, pastu boleh beli lain kat sini bila dah habis)
- Ubat-ubatan (vicks, minyak gamat, minyak panas,cirit-birit, etc) bergantung lah yg mana rasa perlu, tak perlu bawa semua. Kalau ada penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat.
- Barangan jahitan @ barangan elektrik. ( ada je jual kat sini, tapi mahal dan kurang berkualiti. Kalau nak bawa, boleh sahaja kalau tidak bawa, boleh pinjam dengan kakak2 @ abang2 senior disini. )
p/s: Peralatan besi macam jarum dan gunting (kalau ada yang bawa) diingatkan sorok bahagian tengah bagasi, sbb takut effect pada scanner nanti. Termasuk juga barangan eletrik,cth iron. Semua barangan besi @ cecair, better letak kat bagasi yang kargo, jangan letak kat beg hand carry.
 
3) Makanan (dicadangkan letak dalam satu kotak khas-asing dengan pakaian dan barang lain).
- Perencah masakan (asam pedas, kari, tomyam, kurma, sup bunjut, asam jawa, asam keping, kayu manis, bunga lawang, santan serbuk/cecair, lengkuas, serai, daun limau purut, etc) – tapi terpulanglah,tidak wajib cuma barang-barang begini tidak ada kat sini tapi jangan bawa banyak sangat. Sebagai pengubat rindu je..
- Ikan bilis.
- Kicap (yang ini pun terpulanglah,tp tukar ke botol plastik, takut pecah. Kat sini ada je kicap tapi mahal sangat).
- Sirap, Vico dan Nestum 3 in 1 (kat sini takde, teh dan kopi je ada. Kalau tak nak bawak pun takpe).
- Masakan untuk raya seperti nasi impit, perencah rendang, serunding, kuah kacang segera, lemang segera, etc – (pengubat rindu di hari raya nanti..maklumlah raya di perantauan, syahdu sangat..)
- Udang kering, ikan kering, belacan,keropok ikan (terpulanglah cuma semua ni tak ada kat sini, tapi kalau nak bawa kene bungkus elok2 takut berbau).
 
4) Kitab
- Al-Quran Al-Karim.
- Tafsir Al-Quran (dalam bahasa melayu).
- Kamus BM-BA, BA-BM, BI-BM, BM-BI (ni bergantung pada masing-masing lah, kalau rasa berat, bawa BA-BM dan BM-BA pun dah memadai). Lagi baik bawa kamus bahasa arab Al-marbawi.
- Kitab-kitab terjemahan bahasa melayu spt. Hadis 40, Fiqh Manhaji, buku-buku rujukan tingkatan 4 & 5 boleh bawak buku PQS dan PSI (bagi yang akan ambil pengajian Syariah) atau buku-buku lain pengajian syariah IPTA dan buku BA(B.arab komnikasi & b.a. Tinggi).
- Buku bacaan lain atau majalah bahasa Melayu(untuk dibaca bila free)
- Kitab Tajwid dan Adab Hamlatul Quran Imam Nawawi (Saranan buat para penghafaz Al-Quran sekalian).
- Peralatan tulis.
 
5) Lain- lain
-Hand phone dan charger.
-Kaset dan Walkman atau mp3 atau mp4 (kalau rasa perlu..kalau bawa lagi bagus, boleh rakam lecture nanti).
-Kamera.
-Gambar famili, cikgu dan kawan-kawan (pengubat rindu).
-Laptop (terpulanglah tapi sangat berguna kalau bawa sebab kat sini system daftar subject dan pemarkahan adalah on-line).

Kemudahan di Jordan
1. Kemudahan bank di Jordan
Bank di Jordan, selalunya bagi pelajar Malaysia akan buat bank HSBC @ Standard Charted. Kalau nak keluarkan duit,untuk HSBC boleh melalui bank Cairo Amman Bank,Jordan Bank, Arab Bank. Kalau bank HSBC ada kat Amman.  Lebih memudahkan, buka sahaja bank HSBC, dan buat kongsi bersama-sama dengan ahli keluarga yang berada di Malaysa kerana mudah jika berlaku apa-apa masalah dengan bank. 
 
2. Kemudahan yang boleh diperolehi disini
Ada kemudahan internet tapi kena berdaftar dengan pihak markaz teknologi. Kemudahan lain, seperti pengangkutan, bas untuk ke Bandar Mafraq @ Irbid @ Amman @ Mu’tah. Ada juga pengangkutan teksi. Kemudahan asas seperti makan, elektrik dan air, jgn risau kalau duduk di sakan(kediaman). Untuk makanan, kita akan berkongsi bersama semua pelajar Malaysia dengan bergilir-gilir masak. Buatlah jadual untuk memasak.

Kewangan (LAMPIRAN BAGI MUKTAH/AL-BAYT)
 
I. YURAN ; kebanyakan pelajar baru hanya akan ambil 4 madah jer dulu,so kalu YURAN untuk 4 madah + kos pengurusan jamiah(Universiti) = JD250.000(RM1250.00) - YURAN
II. PENGINAPAN : antum semua akan ditempatkan ke rumah senior untuk transit sebentar,maybe sepanjang bulan puasa ni, lepas tu akan dimasukkan ke rumah baru, so banyaklah kelengkapan nak beli, seperti karpet, dapur, tong gas, perkakas memasak dll, so kalau boleh bawa la duit lebih sedikit.
III. BELANJA BULANAN : kebanyak pelajar sini berbelanja sekitar JD100(RM500.00) ada je yang lebih, kalau nak jimat, belanja JD100 je sebulan, duit ni termasuklah duit sewa rumah,bil air,api n internet, tambah bas ke jamiah dll.tapi ini hany sesuai untuk yang belajar di Mutah dan al-bayt sahaja, adapun di yarmouk tak cukup sebab yarmouk terletak di tengah2 bandar irbid, so kos sara hidup sebulan bertmbah la.

p/s : kami syorkan untuk permulaaan ni kalau boleh bawa kat tangan x byk pun takpe, seperti yang kami tulis tadi, duit cash bawa RM1000.00 pun xpe, tapi dalam bank biarlah ada dalam RM4000, so semua dalam RM5000.

CONTOH KOS SARA HIDUP PENGAJIAN SELAMA EMPAT TAHUN DI UNIVERSITI AL-BAYT/MUKTAH, JORDAN (PERANGKAAN SAHAJA)

TAHUN PERTAMA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
2.1  Yuran pusat bahasa (wajib) 1 Semester (*Universiti Al-Bayt Sahaja)
2.2  Semester 1 dan Semester Kedua
2.2.1  Subjek - 12 Subjek
2.2.2  Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.2.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.2.4  Buku-buku tambahan -2 Semester

2.3  Perbelanjaan Semester Akhir (Musim Panas)
2.3.1  Subjek -3 Subjek
2.3.2  Yuran khidmat universiti 1 Semester
2.3.3  Buku-buku untuk 1 Sem.




X JD30=JD360
X JD29=JD58
X JD50=JD100
X JD10=JD20
JUMLAH

X JD30=JD90
X JD29=JD29
X JD50=JD50
JUMLAH


JD300





JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1  Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2  Cuti antara Sem. - 2 sem
3.3  Semester Akhir (Musim Panas) 1 Sem. pendek
3.4  Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.

X JD105=JD210
X JD20=JD40
X JD90=JD90
X JD15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
4.1  Sebulan - JD100 x 12 bulan
4.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia - 12 bulan


X JD100=JD1200
XJD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem

XJD30 =JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2784

*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM13.920.00

TAHUN KEDUA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1  Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1  Subjek - 12 Subjek
1.1.2  Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester

1.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1  Subjek - 3 Subjek
1.2.3  Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2  Yuran khidmat universiti - 1 Sem.



XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH

XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH






JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem. 
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem  
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                              

XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
3.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan                               

XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
                               
XJD30=JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2484

* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00

TAHUN KETIGA

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1  Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1  Subjek - 12 Subjek
1.1.2  Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester

1.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1  Subjek - 3 Subjek
1.2.3  Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2  Yuran khidmat universiti - 1 Sem.



XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH

XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH






JD538




JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem. 
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem  
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                              

XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
3.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan                               

XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
                               
XJD30=JD90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD2484

* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00

TAHUN AKHIR

PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos kapal terbang
1.1  Tiket kapal terbang (BALIK shj)                     

JD600

JD600
Kos pengajian
2.1  Semester awal dan Semester Kedua
2.1.1  Subjek - 12 Subjek
2.1.2  Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.1.3  Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.1.4  Buku-buku tambahan - 2 Semester              
                                                               
 2.2  Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
2.2.1  Subjek - 3 Subjek
2.2.2  Yuran khidmat universiti -  1 Semester
2.2.3  Buku-buku - 1 Sem.     


XJD30=JD360
XJD29=JD58  
XJD50=JD100
XJD10=JD20
JUMLAH


XJD30=JD90
XJD29=JD29
XJD50=JD50
JUMLAH






JD538





JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1  Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2  Cuti antara Sem. - 2 sem 
3.3  Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.
3.4  Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.                                             

X JD105=JD 210
X JD 20=JD 40
X JD 90=JD 90
X JD 15=JD 15
JUMLAH





JD 355
Kos Sara Hidup
4.1  Sebulan JD100 X 12 bulan
4.2  Yuran Makan Pelajar Malaysia X 12 bulan    


XJD100=JD1200 XJD11=JD132
JUMLAH



JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem                             
                                               
XJD30= JD 90
JUMLAH

JD90
JUMLAH BESAR
JD3084

*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM 15.420.00
JUMLAH KESELURUHAN SELAMA 4 TAHUN = JD10 836 = RM 54.180.00
* makluman akan diberitahu jika ada sebarang perubahan.

SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG.
Tentang orang yang hendak sambut antum semua bukan atas bidang kuasa MPPMJ tapi atas bidang kuasa persatuan zon, kalau Uni. Mutah bawah PERMATA, kalau Uni al-Al Byat bawah PRISMA, kalau Uni Yarmouk bawah PERMAI.
 
akhir sekali beberapa pesanan pesanan penting:
 
-          MANTAPKAN pengusaan bahasa arab terutama nahu dan mufradat sebab masa mula-mula masuk akan ada imtihan bahasa.
-          Senarai barang dan keperluan ini adalah disenaraikan mengikut pengalaman dan barang2 yang dirasakan perlu.
-          Bagi barangan yang kurang perlu (seperti yang dinyatakan), bergantung pada masing-masing. Jangan paksa diri untuk membeli kesemua barang yang telah disenaraikan. Ikut keperluan.
-          Tentang belajar, jangan risau dulu, di sana ada sediakan taklimat / program yang akan membincangkan tentang madah, takhassus, dan sebagainya.
-          Persediaan MENTAL dan ROHANI agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan… Kehidupan di sini, mungkin apa yang diimpi tak seindah realiti…

Friday, August 26, 2011

PERSEDIAAN PELAJAR KE JORDAN

Sambutan Pelajar Baru : Persediaan Sebelum Ke Jordan


Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.





1) Dokumen-dokumen penting


• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan


• Salinan Kap Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport (sebaiknya 15 keping)

• Surat-surat penting berkaitan penajaan.


** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian


• Pakaian biasa, untuk ke kelas seperti kameja, seluar baju kurung atau jubah bagi siswi.

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa.


• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sebagainya untuk permulaan.


• Al-Quran, sejadah, Kompas Qiblat dan keperluan ibadah lain.




3) Makanan


• Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, sos cili, perencah dan lain-lain lagi disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada/sukar didapati di sini.

• Peralatan memasak terutamanya periuk nasi dan blander bolehlah dibawa memandang barangan tersebut kurang berkualiti disini.



4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet.

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan .


• Bagi penggemar sukan, bolehlah membawa peralatan sukan seperti raket, bola takraw, bad pingpong dan sebagainya.

• Pengetahuan asas computer, bahasa inggeris dan juga bahasa arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN


WANG


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak university hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)


C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB. (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.



Peringatan penting!


 Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[Bagi Tajaan JPA dan MARA]


 Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.






Tambahan:


Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

Thursday, August 25, 2011

DOAKANLAH UNTUK PARA PELAJAR KITA YANG BERJUANG UNTUK ISLAM..

MPPMJ SERU MAHASISWA ISLAM KHUSUSNYA JORDAN SOLAT HAJAT “SELAMATKAN PMRAM DAN MAHASISWA MESIR”

28 Julai, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam Jordan melakukan solat hajat khusus bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk PMRAM dan mahasiswa Islam Mesir    berhubung isu yang masih hebat diperkatakan pada amalam ini.

MPPMJ menyambut baik permintaan PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir . Bagi setiap mantiqah juga MPPMJ menyeru agar setiap Persatuan Zon dapat sama-sama melakukan solat hajat pada malam ini yang masing-masing bagi tujuan yang sama.

Selain itu, solat hajat ”Selamatkan PMRAM dan Mahasiswa Mesir” bukan sahaja dilakukan di peringkat Mesir bahkan di Malaysia serta beberapa negara luar seperti Jordan, Syria, Morocco, Ireland dan sebagainya.

28 Julai (hari ini) menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir,Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama  solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir .

Selain persatuanpersatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau   di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS,Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.

BETAPA SEDIHNYA ..RAMADHAN AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA...

Ramadhan Mulai Berangkat Pergi

Ramadhan yang makin tirus
Mempersiapkan diri dengan kelengkapan
Mulai mengangkat sauhnya dari pelabuhan
Sambil melambai menyelamat tinggal
Pada pendukung setia
Penuh syahdu dan sayu
Seorang hamba yang alpa
Tersedu kecamuk pilu
Dalam enggan melepasnya pergi
Dia adalah kekasih
Mencuri hati dan pergi
Betapa luluhnya jiwa
Tidak pasti berkesempatan
Ramadhan akan kembali
Atau dirinya terlebih dahulu pergi.


Semarak Ramadhan
Dengan gemersik azan
Dengan jamaah beriftar di anjung surau
Bersaf-saf para jamaah bersolat
Bertakbir dengan kebesaran
Bertahmid dengan keagungan
Bertasbih dengan kekudusan
Bersalawat pada Junjungan
Bertadarrus dalam kumpulan
Bertahajjud di perut malam
Akan berlalu dari pandangan
Terngiang-ngiang mengetuk kepiluan
Menghiris perasaan.


Ramadhan berpulang
Datang dengan tawaran
Ibadat dan berkebajikan
Tapi kesempatan terluang
Lebih terabai dari pengisian
Sesungguhnya diri seorang Shafie
Tergolong kalangan yang rugi
Abai dari peringatan
Lalai dari amalan.

Ramadhan berlalu
Di tubir waktu
Dan diri termangu
Menzikiri dalam syahdu
Kembali menunggu dalam rindu.


Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
26 Ramadhan 1432
26 Ogos 2011.

Saturday, July 9, 2011

Darurat: Dewan Ulamak PAS kecam Utusan

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kecewa dengan kenyataan provokasi Utusan Malaysia yang amat jelas bertentangan dengan etika kewartawanan apatah lagi bertentangan dengan prinsip Islam yang senantiasa menggalakkan persaudaraan dan bukannya permusuhan.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Razali yang memetik firman Allah yang bermaksud: Syaitan itu hanya mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian, melahirkan rasa dukacita apabila akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Umno BN sanggup membuat provokasi yang  tidak bertanggungjawab dan mengapi-apikan permusuhan dengan meletakkan tajuk utama hari ini dengan tajuk ‘KL darurat hari ini? Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis’.

“Di mana etika kewartawanan anda?”

“Ungkapan ini merupakan satu provokasi dan tuduhan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau mengingatkan mereka bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Katanya, wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu.

Akhbar, ujar beliau sepatutnya menjadi jurubicara perpaduan ummah dengan berita yang adil dan menyumbang kepada perpaduan bukannya menyumbang kepada perpecahan dan permusuhan.
Menurutnya, malang sekali akhbar hari ini terus mengasak rakyat dengan provokasi yang langsung tidak dapat diterima akal.

“Suka kami menegaskan, PAS tidak pernah memusuhi polis apatah lagi mana-mana institusi kerajaan,” katanya.

Jelasnya, penglibatan ahli PAS dalam himpunan aman Bersih yang diadakan sebelum ini menggambarkan betapa tingginya akhlak yang ditunjukkan mereka ketika menyertai perhimpunan aman.

“Kita tahu pihak keselamatan tidak perlu dipersalahkan dalam isu ini. Mereka yang perlu dipersalahkan ialah Umno BN yang sangat tersempit untuk survival politik mereka yang sedang berada dihujung tanduk,” ujarnya.

Beliau menambah, segala jentera kerajaan termasuk media akan dikerah sehabis mungkin untuk menyelamatkan talian hayat mereka yang sudah hampir luput tarikhnya.

Himpunan aman Bersih 2.0 yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini tidak meninggalkan kesan terhadap ketenteraman awam sekalipun dilakukan provokasi yang keterlaluan daripada kerajaan Umno BN.