Thursday, August 19, 2010

Mak ooi...takutnya...

Tikus gergasi ditemui di dalam rumah


SEEKOR tikus gergasi yang ditembak mati.


BRADFORD, England - Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).
Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.
Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.
Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.
Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.
Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. - Agensi

Tuesday, August 17, 2010

AL-FATIHAH...USTAZAH RAFEAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

BARU SEBENTAR TADI..(SELASA 7 RAMADHAN) ISTERI PESURUHJAYA PAS PERAK IAITU USTAZAH RAFEAH BT RAMLI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH......
JENAZAH AKAN DISOLATKAN DI MASJID RAJA NAZRIN, RAPAT JAYA TAMBAHAN, IPOH MALAM INI SELEPAS ISYA'.

 
USTAZAH RAFEAH SEORANG YANG MESRA DAN CUKUP DISENANGI OLEH SESIAPA SAHAJA YANG MENGENALI BELIAU..SEORANG YANG GIGIH DAN IKHLAS BERJUANG MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI INI...BELIAU PERNAH MENGAJAR DI SM MAIN CONVENT , SMK RAPAT SETIA DAN SMK HULU KINTA....MENINGGALKAN SEORANG SUAMI TERCINTA IAITU AL-FADHIL USTAZ ABU BAKAR BIN HUSSEIN DAN 6 ORANG ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH BELIAU...

AL-FATIHAH.

Tuesday, August 10, 2010

YA ALLAH RAHMATILAH KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN KARIM

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan…

    Ramadan is Here!!
 Poem By Asma Sadia


One night I heard a knock on my door;
Who can it be,I wasn’t quite sure.
I open the door and am filled with glee;
The visitor ahead is no stranger to me.
I welcome the guest with utmost delight;
For I know it has come to give me respite.
An air of happiness fills the space;
My home now seems, a better place!
Have you any clue who this visitor could be?
Yes!
its Ramadhan,the month of mercy.
The pious and righteous can’t await its arrival;
Others seem to greet it, with waves of denial.
For Allah(SWT) we fast from dawn to dusk;
For Him our breath is the fragrance of musk.
The muslims who pray and fast with zest;
Are aware of the rewards of this month manifest.
Throughout this month we weep and repent;
Now is the time to strongly lament.
And those who shun this sacred month;
on the Day of Reckoning will face the brunt.
In the last ten nights,hides the Night of Decree;
Allah(SWT) then awaits for his slaves to plea.
The angels descend with Gabriel(AS) in the lead;
To check on the steadfast and record every deed.
A feeling of grief now fills my heart;
As the month of Ramadhan will soon depart.
So lets make a start and worship Him alone;
Now that the worth of this month is known
.

Mengimbau kenangan Mukhayyam 2009-SMAH IPOH

Si kecik Atiqah menyiapkan langkah utk 'hiking'

Barisan Muallimah yg syok main air terjun..

Si Camp Commander serius je memikirkan masalah pelajar.....
kami selamba riang je..he..he..



Mh Sham sedang memberi 'command'
Bersama si manis Sarah..


SKETSA "PACAT OO PACAT"



Lokasi : Kem Pecah Batu, Manong, Perak.

Wednesday, August 4, 2010

Kewajipan Menyertai Perjuangan Islam

Written by Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu
perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita
simpulkan dari firman Allah:


قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا یَدْخُلِ الْإِیمَانُ فِي 
قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِیعُوا اللَّھَ وَرَسُولَھُ لَا یَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَیْئًا إِنَّ اللَّھَ غَفُورٌ رَّحِیمٌ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِینَ آمَنُوا بِاللَّھِ وَرَسُولِھِ ثُمَّ لَمْ یَرْتَابُوا وَجَاھَدُوا بِأَمْوَالِھِمْ 
وَأَنفُسِھِمْ فِي سَبِیلِ اللَّھِ أُوْلَئِكَ ھُمُ الصَّادِقُونَ


“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir
dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”


Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang
mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.


Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:


یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّیْطَانِ إِنَّھُ لَكُمْ
عَدُوٌّ مُّبِینٌ
فَإِن زَلَلْتُمْ مِّن بَعْدِ مَا جَاءتْكُمُ الْبَیِّنَاتُ فَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّھَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
 

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.


 

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.

......akan bersambung.